Options

Content elements:
Slideshow background:
Bottom:
Footer:
Link Color:
Color suggestions:
Header Style:
Google Fonts
expand

Misi & Visi

Di Ana Muslim, kami percaya bahawa misi dan visi syarikat berfungsi lebih daripada sekadar menggariskan objektif dan sasaran perniagaan. Ianya turut mencerminkan nilai etika kami, kepercayaan kami, dan cara kami berurusan sehari-harian. Kerap kali, ianya turut berfungsi sebagai pendorong kepada kami untuk terus maju ke hadapan.

Visi

Visi Ana Muslim ialah untuk menjadi sebuah syarikat pemacu kecemerlangan insan, dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan dan produk yang menepati panduan dan piawaian jaminan kualiti oleh Islam.

Misi

  • Menyumbang kepada kepentingan dan kecemerlangan Islam menerusi segala urusan dan aktiviti niaga yang kami ceburi.
  • Menerapkan nilai-nilai etika Islam secara menyeluruh di dalam segala aspek urusan perniagaan kami.
  • Menjalankan misi dakwah dan kerja-kerja penyebaran ajaran Islam bagi memenuhi tanggung jawab sosial syarikat.
  • Mendidik  dan membimbing masyarakat agar mempunyai daya fikiran yang tinggi dan berakhlak mulia, menerusi penerbitan pelbagai bahan-bahan bacaan bermutu.
  • Menggalakkan cara pemakaian yang sopan dan menutup aurat di kalangan masyarakat, menerusi penghasilan rangkaian busana yang berciri Islami, menarik dan bermutu tinggi.
  • Menyuburkan nilai-nilai dan semangat yang dibawa oleh Ana Muslim di dalam kehidupan seharian pelanggan, menerusi penghasilan pelbagai jenis produk dan kelengkapan berjenama Ana Muslim.
  • Menggalakkan pembelajaran dan pembentukan peribadi di kalangan anak-anak, menerusi penerbitan program-program multimedia dan interaktif yang bermanfaat, berkualiti dan menghiburkan.
  • Melahirkan tenaga kerja yang berdaya saing, inovatif dan berkepakaran tinggi menerusi usaha-usaha yang berterusan di dalam membangunkan pengetahuan, kemahiran dan kebolehan modal insan.
  • Sentiasa berusaha untuk meninggalkan impak dan sumbangan yang positif terhadap mana-mana bidang industri, persekitaran dan kemasyarakatan yang diceburi, didiami atau dianggotai oleh Ana Muslim.
Scroll to Top