Options

Content elements:
Slideshow background:
Bottom:
Footer:
Link Color:
Color suggestions:
Header Style:
Google Fonts
expand

Kisah & Latar Belakang

Walaupun didaftarkan secara rasmi hanya pada sekitar tahun 1998, asas kepada penubuhan jenama Ana Muslim sebenarnya telah bermula lebih dari 20 tahun yang lalu. Bermula daripada sebuah perniagaan perkhidmatan fotokopi kecil-kecilan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), En. Othman dan Pn. Saadah sebagai pengasas bersama telah dari awal lagi menetapkan sebuah matlamat yang jelas untuk perniagaan mereka – bahawa suatu hari nanti syarikat mereka, jenama mereka, dapat menyumbang kepada kecemerlangan umat Islam.

Segala usaha demi mencapai matlamat tersebut tidaklah mudah, namun dengan cabaran dan kepayahan itu sendirilah yang sebenarnya mendidik dan menjadikan Ana Muslim lebih kuat dan berkembang saban hari; berkat doa, kesabaran dan kegigihan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sejarah dan kisah-kisah menarik di sebalik penubuhan Ana Muslim serta perkembangannya sehingga ke hari ini, ikuti garis masa yang berikut:


1989

Penubuhan Blue-T Papers N' Print

Blue-T Papers N’ Print ditubuhkan oleh En. Othman Mohamed dan isterinya, Pn. Saadah Taib, sebagai sebuah perniagaan menawarkan perkhidmatan fotokopi di UTM kampus cawangan Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

1991

Menceburi bidang reka bentuk grafik dan percetakan

En Othman mengambil keputusan menamatkan operasi perkhidmatan fotokopi, dan mengalihkan fokus utama perniagaannya kepada bidang reka bentuk grafik dan percetakan. Dengan itu tertubuhlah Blue-T Sdn Bhd yang beroperasi di Taman Melawati, Kuala Lumpur.

1995

Penjenamaan semula Blue-t Communications Sdn Bhd

Blue-T Communications Sdn Bhd didaftar bagi menggantikan Blue-T Sdn Bhd, sebagai satu langkah penstrukturan dan penjenamaan semula syarikat yang semakin cenderung ke arah sektor komunikasi massa, khususnya di bidang penerbitan.

1998

Penerbitan Majalah Ana Muslim

Blue-T Communications menerbitkan majalah pertama mereka yang mempunyai sasaran pembaca di kalangan kanak-kanak berumur 9 hingga 13 tahun. Dengan itu lahirlah Ana Muslim dengan membawa moto “Membentuk Peribadi Mulia”.

2000

Perkembangan Syarikat

Bagi menampung perkembangan syarikat, ibu pejabat Blue-T sekali lagi dipindahkan ke lokasi baru di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

2003

Penerbitan Buku Teks Kementerian Pendidikan Malaysia

Semenjak penerbitan Ana Muslim, Blue-T telah menemui bidang khusus kekuatan mereka, iaitu penerbitan bahan bacaan kanak-kanak. Mutu kerja mereka juga telah mula mendapat perhatian dan pengiktirafan di peringkat kebangsaan, apabila diberi kepercayaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menerbit dan mengedar beberapa judul buku teks untuk kegunaan sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.

2004

Blue-T Publications Sdn Bhd

Blue-T Publications Sdn Bhd ditubuhkan sebagai anak syarikat kepada Blue-T Communications Sdn Bhd, khusus untuk mengembangkan dan meningkatkan kecekapan operasi di dalam bidang penerbitan.

2006

Pengukuhan jenama 'Ana Muslim'

Sejajar dengan peningkatan permintaan, Blue-T telah mula menghasilkan dan memasarkan barangan-barangan yang membawa jenama Ana Muslim. Tindakan ini merupakan antara langkah-langkah awal yang diambil oleh Blue-T bagi mengukuhkan kedudukan Ana Muslim sebagai sebuah jenama.

2007

Penerbitan Majalah Sayang Muslim

Blue-T menerbitkan majalah kedua mereka iaitu Sayang Muslim, dengan sasaran pembaca di kalangan kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah. Blue-T juga sekali lagi memindahkan ibu pejabat mereka, setelah membuat pelaburan membeli ruang pejabat berkeluasan 10,000 kaki persegi di Desa Melawati, Kuala Lumpur.

2008

Penubuhan Ana Muslim Distributors Sdn Bhd

Ana Muslim Distributors Sdn Bhd ditubuhkan khusus bagi menguruskan keseluruhan urusan pemasaran dan pengedaran produk keluaran Ana Muslim ke seluruh Malaysia, termasuk Singapura dan Brunei.

2010

Penubuhan Ana Muslim Studios

Ana Muslim Studio ditubuhkan khusus untuk menghasilkan bahan-bahan kreatif berbentuk muzik (nasyid) dan juga animasi. Krew Ana Muslim Studio juga berpeluang bekerjasama dengan kumpulan Raihan di dalam album kedua nasyid animasi mereka.

2011

Penerbitan Majalah Adik Muslim

Blue-T menerbitkan majalah ketiga mereka iaitu Adik Muslim, yang mempunyai sasaran pembaca di kalangan kenak-kanak berumur 7 hingga 9 tahun.

2012

Penerbitan Majalah Muslim Teens

Blue-T menerbitkan majalah keempat mereka, Muslim Teens yang menyasarkan kumpulan pembaca remaja. Ana Muslim Studio juga menunjukkan perkembangan positif, apabila berjaya menghasilkan album nasyid animasi mereka yang kelima dalam tempoh dua tahun pertama.

 

2013

Pengukuhan Jenama & Rangkaian Jenama Ana Muslim

 

 

Scroll to Top