Options

Content elements:
Slideshow background:
Bottom:
Footer:
Link Color:
Color suggestions:
Header Style:
Google Fonts
expand

RakaNiaga

Program RakaNiaga Ana Muslim

Apa pun bentuk atau status perniagaan anda, sama ada anda seorang pengusaha sebuah kedai buku, memiliki perniagaan secara online, pengusaha butik menjual busana, atau pun seorang usahawan yang baru berjinak-jinak dengan dunia perniagaan, kami di Ana Muslim sentiasa mengalu-alukan anda untuk menjadi rakan niaga kami dan membantu kami memasarkan barangan-barangan Ana Muslim. Berbekalkan pengalaman bekerjasama dengan rakan-rakan niaga sedia ada, kami juga yakin bahawa kami mampu untuk menawarkan perkhidmatan dan sokongan yang sesuai dengan bentuk dan rancangan perniagaan anda.

Berikut adalah beberapa kaedah yang anda boleh gunakan, mengikut keselesaan anda, untuk berhubung dengan kami bagi membincangkan dengan lebih lanjut tentang prospek kerjasama antara perniagaan anda dengan piha kami.

Hubungi Pegawai Kami

Dapatkan maklumat perhubungan pegawai-pegawai kami untuk berbincang secara terus menerusi telefon atau e-mail.

Baca seterusnya →

Kunjungi Pejabat Kami

Kami juga mengalu-alukan sekiranya anda berhasrat untuk berkunjung terus ke ibu pejabat kami. Anda digalakkan untuk menetapkan temu janji dengan pegawai kami terlebih dahulu bagi memudahkan urusan perbincangan.

Baca seterusnya →

Borang Soal Selidik

Sekiranya kesuntukan masa, anda juga boleh memilih untuk memuat turun borang soal selidik perniagaan dan hantarkan (e-mail atau fax) untuk penilaian kami. Pihak kami akan menghubungi anda untuk perbincangan susulan.

Baca seterusnya →
Scroll to Top