Options

Content elements:
Slideshow background:
Bottom:
Footer:
Link Color:
Color suggestions:
Header Style:
Google Fonts
expand

Kerjaya - Pelajar & Lepasan Ijazah

Pelajar (Latihan Industri)

Sejak beberapa tahun yang lalu, Ana Muslim telah menyediakan Program Latihan Industri untuk mahasiswa universiti, bagi menyediakan ruang dan peluang kepada bakal-bakal graduan universiti untuk menguji dan mencabar kemampuan diri mereka di dalam dunia pekerjaan yang sebenar. Individu yang terpilih akan ditempatkan di jabatan yang bersesuaian dengan program pengajian mereka dan akan terlibat secara langsung dengan projek-projek sedia ada.

Sertailah program ini, dan dapatkan pengalaman dan pendedahan yang berharga untuk setidak-tidaknya membuka mata dan menentukan arah tuju perjalanan karier anda. Kami juga sering kali melihat program ini sebagai medium untuk kami mengenalpasti bakat-bakat baru yang boleh diserap untuk menjadi tenaga kerja kami.

Syarat dan Kelayakan

Pelajar yang sedang mengikuti pengajian diploma atau ijazah di institusi pengajian tinggi di dalam atau luar negara. Keutamaan akan diberikan kepada pelajar-pelajar tahun akhir, dengan CGPA 3.0 dan ke atas.

Cara memohon

Hantarkan resume atau maklumat ringkas peribadi yang lengkap ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. beserta surat akuan rasmi daripada institusi pendidikan. Anda dinasihatkan untuk meletakkan "LATIHAN INDUSTRI ANA MUSLIM" sebagai tajuk (subjek) emel anda bagi memudahkan proses penyaringan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pn Robiah (Unit Pentadbiran & Sumber Manusia) di talian +603-41069119.

Graduan (Skim Latihan Pra-Pekerjaan)

Di dalam dubia pekerjaan yang semakin kompetitif dan mencabar, memulakan kerjaya selepas baru bergelar sebagai seorang graduan bukanlah sesuatu yang mudah. Kerap kali, ianya amat menduga kesabaran, membuatkan ramai yang berputus asa. Kami di Ana Muslim sedar dan faham akan permasalahan ini, maka disebabkan itulah kami mengambil inisiatif untuk membangunkan skim latihan pra-pekerjaan untuk graduan lepasan universiti. Menerusi skim latihan ini, peserta akan menjalani latihan-sambil-bekerja selama enam bulan dan akan didedahkan dengan tugasan-tugasan serta projek-projek yang dapat meningkatkan kemahiran serta pengalaman mereka, yang pada akhirnya dapat meningkatkan peluang pekerjaan mereka.

Untuk skim ini, kami akan menempatkan anda di jabatan yang bersesuaian dengan kelulusan pengajian anda. Sekiranya dilakukan dengan baik, kami yakin bahawa anda akan sentiasa menguji dan meningkatkan potensi diri anda, di samping memberikan sumbangan yang positif kepada produktiviti syarikat Ana Muslim.

Bidang/Posisi yang ditawarkan

  • Kartunis/Ilustrator
  • Pereka Grafik
  • Pembantu Editor
  • Penulisan
  • Animasi
  • Jualan & Pemasaran
  • Perakaunan

Kemudahan/Faedah Sampingan

  • Elaun sara hidup bulanan

Syarat dan Kelayakan

Graduan lepasan diploma atau ijazah yang baru menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi yang bertauliah. Keutamaan akan diberikan kepada graduan yang menamatkan pengajian mereka dengan CGPA 3.0 dan ke atas.

Cara memohon

Hantarkan resume atau maklumat ringkas peribadi yang lengkap ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. , beserta salinan dokumen-dokumen yang berkaitan. Anda dinasihatkan untuk meletakkan "LATIHAN PRA-PEKERJAAN ANA MUSLIM" sebagai tajuk (subjek) emel anda bagi memudahkan proses penyaringan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pn Robiah (Unit Pentadbiran & Sumber Manusia) di talian +603-41069119.

Seni & Kreatif

Penulisan? Rekaan? Lukisan? Apapun bakat anda, jadikan minat dan kreativiti anda sebagai permulaan kepada sebuah kerjaya yang mencabar dan menyeronokkan.

Baca seterusnya →

Jualan & Pemasaran

Gunakan kemahiran komunikasi dan ketajaman anda di dalam bidang jualan dan pemasaran untuk membina sebuah kerjaya yang mencabar dan mengujakan

Baca seterusnya →

Korporat & Sokongan

Bagi memastikan kesempurnaan operasi perniagaan, kami memerlukan kepakaran di dalam pelbagai bidang sokongan seperti kewangan, perakaunan, IT, stor, logistik dan lain-lain. Anda mungkin yang kami cari.

Baca seterusnya →
Scroll to Top